MAKSUD..
.. Apa maksud Perindustrian Kecil dan Sederhana..? IKS ditakrifkan sebagai
perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan
dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan
menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Teras Pertama dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 menyatakan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi
negara melalui pembangunan perindustrian kecil dan sederhana.
Ciri -Ciri Industri Kecil dan Sederhana
1. Jenis Keluaran
2. Organisasi
3. Modal
4. Lokasi
5. ciri Umum Pekerja
6. Teknoloi pengeluaran
Masalah Industri Kecil dan
Sederhana :
1. Kekurangan Modal dan
Pembiayaan
2. Produktiviti dan
Teknologi yang rendah
3. Kekurangan Bahan Mentah
4. Masalah Pemasaran
5. Masalah Pengurusan
6. Masalah Lokasi
7. Hubung jalin dengan
Industri Besar
PERANAN IKS:
1. Untuk pembangunan ekonomi dengan
mewujudkan, mengembangkan, dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan
industri negara.
2. Untuk menambahkan tabungan dan
pelaburan dalam ekonomi.
PENUTUP :
Penutup Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam
memajukan dan merancakkan IKS. Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor
perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian
ketara.Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi
penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya.
Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang
berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi.
Selaras dengan ini, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu
langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan
kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini
haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri
ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. Dengan wujudnya inisiatif dan
iltizam, IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara
.
Assalamualaikum,saya nak tanya beberapa soalan. Saya ada mengeluarkan produk makanan iaitu popia sire dan juga biskut. Saya hanya menjual dikedai runcit jadi macam mana pihak IKS boleh membantu saya untuk mengembangkan lagi jualan saya ini. Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya dimana saya boleh daftar untuk perniagaan saya? Saya tak tahu pejabat iks johor dimana.
ReplyDelete